Thursday, November 2, 2017

Resipi Tomyam Ayam

Assalamualaikum W.b.t

Hari ini korang masak apa tu? Ada lagi resipi aku nak kongsi. Sesiapa teringin nak makan tomyam ayam macam kat kedai tomyam tu boleh cuba resipi ini. Mudah dan lazat.

Resipi tomyam ayam

Bahan-bahan

1. Ayam yang telah dipotong dadu
2. Bawang besar
3. Serai
4. Cili api
5. Daun limau Purut
6. Tomato
7. Limau kasturi
8. Sos ikan
9. Paste Cili (Boleh rujuk gambar bawah aku guna paste jenama apa)


    

Cara-caranya

1. Masukkan 3 cawan air panas (air akan cepat mendidih kalau guna air panas terus)
2. Masukkan tomato sehingga air mendidih.
3. Masukkan daun limau purut, bawang, cili api, serai dan 3 sudu makan cili paste
dan biarkan seketika sehingga masak.
4. Kemudian masukkan ayam dan 2 sudu makan sos ikan.
5. Masukkan garam dan gula. Kacau sehingga ayam benar-benar masak.
6. Akhir sekali masukkan air perahan limau kasturi dan Siap!



* Kalau nak masukkan sayur masuk selepas ayam benar-benar masak

Mudah dan ringkaskan. Selama Mencuba!

Love, DK

No comments: