Wednesday, November 29, 2017

Resipi Ayam Goreng Berempah Mudah

Assalamualaikum W.b.t

Hari ini aku nak kongsi resipi ayam goreng berempah. Kalau nak gantikan dengan sotong ke udang ke boleh juga guna resipi ini.

Resipi Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahan
1. Ayam
2. Bawang merah *
3. Bawang putih *
4. Daun Kari
5. 3 sudu makan serbuk kari
6. 1 sudu makan tepung jagung
7. Telur
6. Garam

Cara-caranya:
1. ayam yang telah dibersihkan letakkan di dalam mangkuk
2. Kisar bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam mangkuk ayam tadi
3. Masukkan bahan yang telah dikisar, serbuk kari, tepung jagung, telur dan daun kari ke dalam mangkuk ayam tadi



Aku guna bahagian isi ayam



Masukkan kesemua bahan tadi dan gaulkan seperti dalam rajah di atas

4. Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Aku perap semalaman untuk bagi rempah tu melekat dekat ayam supaya bagi rasa bila di goreng
5. Panaskan minyak. Selepas minyak betul-betul panas baru gorengkan ayam. Goreng sekali dengan daun kari. Kalau boleh daun kari biar banyak sikit. Untuk bagi ada kriuk kriuk rangup tu gorengkan sekali lebihan perapan ayam tadi.




 Sangat mudah dan sedap. Selamat mencuba!

Love, DianaKamal

No comments: